Bila di tanya hatta kepada mat rempit sekalipun adakah kamu nak masuk syurga atau neraka jawapannya for sure paradise... Tapi layakkah kita ke syurga? Amalan yang dibuat seharian tidak langsung melambangkan ikhlas kerana Allah.. Mudah sahaja mulut manusia mengatakan aku akan bertaubat tapi hakikatnya apabila tiba saat waktunya maka tak boleh dilengahkan sesaat mahupun awalkan sesaat...
Dan jikalau amalan setinggi gunung adakah amalan itu diterima sekiranya dalam amalan itu terselit riyak, ujub, bongkak & bukan kerana Allah... Adakah dalam seharian amalan kita ni Allah akan terima? Kita dah merasa amalan kita cukup banyak sehinggakan sampai satu tahap kita dah rasa hebat dari orang lain kerana amalan yang banyak Nauzubillah..
Dan apabila berpesatuan pula ramai yang akan mengatakan aku masuk ni kerana berjuang di jalan Allah tapi tanpa kita sedari ramai yang terdetik di hati di sebalik yang di niatkan dan tertumpu kepada empat perkara yang Rasulullah tolak iaitu wanita, harta, dunia dan pangkat...
maka mari kita hayati kisah Rasulullah bersama sahabat-sahabatnya... Moga kita boleh mengambil iktibar..
Suatu hari, Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya. Sesiapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira.
Hadiah itu dimakan oleh baginda Rasulullah SAW seulas demi seulas sambil tersenyum. Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat. Tidak kira sedikit atau banyak. Namun kali ini tidak. Tidak seulas pun diberikan kepada para sahabat. Rasulullah SAW terus makan sambil tersenyum, sehingga habis kesemua limau itu. Kemudian, wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari Rasulullah SAW.
Sahabat - sahabat agak kehairanan dengan sikap Rasulullah SAW itu. Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan
"Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada antara kalian yang akan mengenyet mata atau memarahi wanita berkenaan. Saya bimbang hatinya tersinggung. Sebab itu saya habiskan kesemuanya."
Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya ditewaskan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.
WAllahua'lam..