Tuesday, July 27, 2010

Foto2 Hukuman Hudud

Ini foto hukuman rejam sampai mati di Somalia yang dipost oleh seorang kawan Melayu di Malaysia :


Si pesalah di tanam separuh badan.

Beliau diingatkan untuk bertaubat dan mengucap Kalimah Syahadah sebelum menemui ajalnya.

Si pesalah terus mengucap Kalimah Syahadah. Tanda jari telunjuk tersebut adalah kebiasaan orang Arab ketika mengucap bermakna “hanya Allah yang SATU” (tanda TAUHID/ESA) dalam lafaz “Tiada Tuhan Melainkan Allah. Muhammad itu Pesuruh Allah“.

Ketika direjam oleh sebahagian lelaki Islam sambil sebahagian yang lain menyaksikan hukuman tersebut demi mengambil pengajaran dan keinsafan.

Setelah menjalani hukuman rejam sampai mati. Inna lillahi wa inna ilaihi raji’uun.

 Semoga Allah swt mengampuni dosa-dosa si pesalah di atas yang dilakukan sepanjang hayatnya, dimasukkan ke dalam SyurgaNya dan semoga Allah menjauhkan saudara-saudara seIslamnya dari maksiat-maksiat yang terkutuk. Ameen.

Setelah seorang sahabat Rasulullah saw bernama Maiz mati direjam kerana kesalahan berzina dengan seorang sahibiah bernama Ghamidiah, Rasulullah saw bersabda, Laqad taba, lau wuziat taubatahu ila ahlil madinah lakafat” (Sesungguhnya Maiz telah bertaubat, dan jika taubatnya dibahagi-bahagikan kepada seluruh penduduk Madinah, nescaya ia mencukupi untuk mereka semua).

“Dan orang-orang yang mencuri, lelaki dan wanita, potonglah tangan mereka, sebagai hukuman terhadap apa yang telah mereka lakukan. Ia sebagai balasan dari Allah. Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. Sesiapa yang bertaubat setelah (melakukan) kezalimannya dan membaiki dirinya maka sesungguhnya ALlah memberi taubat kepadanya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang” (Al-Maidah:38 – 39)


Hukum hudud potong pergelangan tangan kerana kesalahan mencuri.
Di Negara-negara Sekular, seseorang boleh mencuri secara terhormat seperti pecah amanah wang simpanan ratusan juta ringgit, kemudian memindahkan secara membahagi-bahagikan wang tersebut kepada suku sakatnya menjadikan mereka sekumpulan jutawan sekelip mata. Apabila beliau dihukum penjara atau denda dan tidak dapat membayar dendaan tersebut, beliau di istihar “Muflis” dan mungkin dipenjarakan untuk sesuatu tempoh. Apabila tamat tempoh penjara, beliau melangkah keluar dari penjara sebagai seorang jutawan lagi menjutawankan orang lain. Suku sakat jutawan beliau boleh memulangkan sepenuh atau sebahagian dari jutaan wangnya dengan cara halus mengikut perjanjian dan terma yang mereka sepakati bersama. Demikian berbilion wang rakyat dilesapkan sepanjang masa. Di dalam Islam, jika sabit kesalahan seperti itu, beliau akan kehilangan tapak tangannya kerana dipotong, dan hutangnya jatuh ke tangan warisnya dalam hal-hal tertentu.

Seorang pesalah sedang dipancung. Pedang telah diangkat betul-betul di atas tengkuk. Kelihatan seorang lagi pesalah (berpakaian putih) telah dipancung lehernya.

Kedua-dua pesalah telah dipancung.
Pada Musim Haji 2007M/1428H yang lalu ketika di Madinah saya sempat melihat perkumpulan manusia di satu padang untuk menyaksikan hukuman pancung, katanya akan berlangsung pukul 11.00 pagi. Malangnya apabila saya balik ke hotel untuk mengambil kamera video dan tiba di tempat tersebut pukul 10.30 pagi, hukuman tersebut telah pun dilaksanakan pada pukul 10.00 pagi sebenarnya. Yang ada di situ ialah tompokan-tompokan darah yang sedang dipancutkan air ke atasnya oleh para pekerja.
Di Nusatara ?

di ambil dari: http://inijalanku.wordpress.com/parti2/foto2-hukuman-hudud/#comment-3210

Saturday, July 24, 2010

Apa kata Luqman Al-Hakim Kepada Anaknya???

"Wahai anakku! Apabila perutmu penuh dengan makanan (kenyang) maka akan matilah fikiran dan hikmah kebijaksanaanmu. Semua anggota badanmu akan menjadi malas untuk melakukan ibadah dan akan hilanglah kebersihan hati dan kehalusannya, di mana hati yang bersih itu hanya akan tercapai dengan kelazatan bermunajat (mngadap Allah) dan manfaat berzikir (ingat kepada Allah)"








"Wahai anakku! Kalau sewaktu kecil engkau rajin belajar dengan tekun menuntut ilmu sebanyak-banyaknya, maka apabila kamu dewasa kelak kamu akan memetik buahnya dan kamu akan menikmatinya."

"Wahai anakku! Kamu ikutlah ketika orang membawa jenazah, dan janganlah kamu mengikuti jamuan perkahwinan. Kerana jenazah itu dapat mengingatkan engkau akan kesudahan dari hidupmu di dunia yang fana ini. Sementara majlis perkahwinan akan membangkitkan nafsu berahimu dan ini akan membuat kamu merasa bahawa senang dengan kehidupan dunia."

"Wahai anakku! aku sudah memikul batu-batu yang besar, aku juga sudah mengangkat besi-besi berat. Tetapi aku tidak pernah merasakan sesuatu yang lebih berat daripada tangan yang buruk perangainya."

"Wahai anakku! Aku sudah merasakan segala benda-benda yang pahit, tetapi aku belum pernah merasakan sesuatu yang lebih pahit dari kemiskinan dan kehinaan."

"Wahai anakku! Aku sudah pernah mengalami penderitaan dan bermacam-macam kesusahan dan kepayahan, tetapi aku belum pernah mengalami penderitaan yang lebih susah dan lebih payah dari menanggung hutang."

"Wahai anakku! Sepanjang hidupku, aku hanya dapat memilih 8 kalimah dari pusaka para nabi yang lalu, sabda mereka :



1) Apabila engkau mengerjakan sembahyang dan beribadah kepada Allah, maka jagalah baik-baik fikiranmu.

2) Apabila engkau berada di rumah orang lain, hendaklah kamu menjaga matamu (pandangan matamu).

3) Apabila engkau berada di tengah-tengah majlis, hendaklah kamu menjaga lidahmu (perkataanmu).

4) Apabila engkau hadir dalam jamuan makan, hendaklah kamu menjaga perangaimu.

5) Ingatlah kepada Allah s.w.t.

6) Ingatlah akan mati.

7) Lupakanlah budi baikmu terhadap orang lain.