Tuesday, June 29, 2010

TAUBAT SEORANG PEMINUM ARAK

Pada suatu hari, Khalifah Umar ibni Khattab berjalan-jalan di lorong-lorong dalam kota Madinah. Apabila sampai di persimpangan jalan,beliau terserempak dengan seorang pemuda yang membawa kendi. Ini
menimbulkan sangkaan buruk Umar terhadap pemuda itu. Lantas Umar menyoal, "Apa yang engkau bawa itu?"

Dalam keadaan ketakutan pemuda itu terketar-ketar menjawab, "Madu, wahai Umar.." Sebenarnya pemuda
itu sedang membawa kendi arak.

Selepas berkata demikian, timbul perasaan insaf di hatinya untuk bertaubat dari minum arak. Dia menyesal melakukan perbuatan yang ditegah agama. Dia benar-benar berharap sambil berdoa supaya Khalifah
Umar tidak memeriksa isi kendi itu.

Namun Khalifah Umar tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oleh pemuda itu; lalu mengambil kendi itu untuk diperiksa.
Doa pemuda itu dikabulkan Allah. Apabila diperiksa, Baginda Umar dapati di dalamnya terdapat madu. Allah menukarkan arak menjadi madu. Dengan demikian pemuda itu terselamat dari tindakan Khalifah.

Semenjak peristiwa itu, pemuda itu bertaubat dan berjanji tidak akan meminum arak lagi.

Jadi sahabat2 kita dapat pengajaran yang cukup mendalam dari kisah ini.

Di antaranya:

Pertama,janganlah kita suka bersangka buruk pada manusia.
Kedua, janganlah sekali2 kita menipu orang yang dekat dirinya dengan Allah
Ketiga, nampak tak orang yang dekat dirinya dengan Allah amat dihormati oleh manusia,jadi sama2lah kita berusaha mendekatkan diri dengan Allah.
Keempat,tanggungjawab sebagai pemimpin cukup berat & Khalifah Umar telah melakukannya dengan baik namun baginya masih belum baik,so macamna pulak dengan kita? X kisah lah samada pimpinan besar ataupun pimpinan organisasi kecil,semuanya akan ditanya oleh Allah.

Moga ada 'ibrah buat kita semua Hamba Allah yang hina ni..

Saturday, June 26, 2010

Solat Dhuha adalah KUNCI REZEKI

SEMBAHYANG DHUHA
Murahkan rezeki, menolak kepapaan

Antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam sendiri ialah sembahyang sunat Dhuha. Banyak hadis-hadis yang mengalakkannya dan menyatakan keutamaannya, Antaranya dalam riwayat Abu Hurairah katanya:-

Maksudnya :”Kekasihku Rasullullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat sembahyang Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan”( Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim )

Dalam riwayat yang lain Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam pernah bersabda yang maksudnya : “Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah ( sebagai ganti ) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat sembahyang Dhuha .”( Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim )

Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan.”

Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda yang maksudnya :“Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya aku segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.”(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)

Dan daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata :“Aku mendengar Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam berkata : “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas”(Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)

Waktu sembahyang Dhuha ialah dari naik matahari sampai sepenggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan dita’khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik.

Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam. Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat. Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu, sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah bermaksud:“Adalah Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam bersembahyang Dhuha empat rakaat dan menambahnya seberapa yang dikehendakinya.”(Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah)

Dalam sebuah hadis yang lain Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda bermaksud :” Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang tidak lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikan nya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikanyan sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya,” ( Riwayat At-Thabarani )


Moga kita ni istiqamah dalam sembahyang dhuha & satu lagi yang ana dengar dari ustaz ana sendiri,solat dhuha ni boleh mengekalkan awet muda seseorang...

tapi sahabat2..

jangan lah kita buat kerana nak dapatkan awet muda,berbalik semula kepada hadis pertama dalam kitab hadis 40...semua berbalik pada niat,kalau kita niat nak awet muda kita just dapat tu jelah x dapat yang lain tapi kalau kita buat kerana Allah, InsyaAllah kita akan dapat semuanya..boleh rujuk kitab hadis 40,hadis yang pertama bertajuk NIAT.. WAllahua'lam sekadar perkongsian..

Sunday, June 20, 2010

tarbiyah,,,, apa tu????

kadang-kadang kita sering sebut bestnya dapat tarbiyah. tapi kadang-kadang kita lupa apa sebenarnya tarbiyah tu?nak mendefinasikannya memang mudah tapi nak praktikkannya cukup payah..

Allah sebut dalam Al-Quran adakah kamu mengira kamu telah beriman sedangkan kamu masih belum diuji?

apa sebenarnya ujian ni? apa dia?

ujian nilah tarbiyah dari Allah, mari kita ingat semula kata2 ustaz kat sekolah mesti ada sebut nabi-nabi ni tiada siapa yang ditarbiyah kecuali Allah.. temgok balik ketika Rasulullah,beliau diuji dengan kematian bapanya kemudian bapa saudaranya & akhirnya beliau mengembala kambing..

dalam kisah Rasulullah ini betul2 ada pengajaran kalau kita sungguh2 hayati..yang mana dikatakan kambing ni adalah binatang yang cukup susah digembala.. Di sinilah Allah tarbiyah nabi dengan sifat sabar..

begitulah dengan kita,Allah uji kita untuk tarbiyah kita... mesti kita ada pengalaman ketika tunggu bas..btol tak?

ok waktu tu kalau betul2 kita lihat,di situ ada elemen sabar samada kita ni maki2 ataupun bersangka baik..

kadang2 setengah orang tu cepat sangat melatah,cubalah buat bersabar & tenang & berzikir...mudah sangat nak kluarkan kata2 kesat & mencaci,cuba kita ingat Allah tak ke kita ni akan dapat pahala yang mana elaun tu akan dapat di bank2 akhirat kita..

kadang terdetik perasaan pelik kenapa manusia ni mudah sangat mencarut,x teringin kita menjadi seperti sahabat nabi yang mana apabila diuji mereka menganggap nilah kaffarah dosa bagi mereka tp apabila diberi nikmat nilah tanda kehancuran bagi meraeka...

sahabat2 fikir dalam2 maksud kata2 tu,kita ni hidup x lama,ilmu dahlah x banyak lepas tu nak sombong pulak,apa yang kita akan dapat?? nak kata bijak x bijak nak kata kaya x kaya,nak kata hebat tak hebat.. Allah tulah yang hebat..janganlah terlampau sangat rasa diri ni hebat,kita ni x lain umpama tanah yang mana akan kembali ke tanah jua..

janganlah cepat melatah,cuba didik diri bersabar.. dah tiba dah masa tuk kita ni matang... hati kita ni memang kena ketuk banyak sikit biar dia sedar kita ni x boleh remaja dah..tengok kat TV,Radio,movie hancur semua remaja terutama Remaja...


mana dia AL-FATEH yg kedua???tak kan kita hanya nak menunggu?? dah tiba masa tuk kita bangkit & rasa sakitnya dakwah...biarlah kita ni didik jiwa kita ni dengan kesusahan biar dia jadi sebati & kental..

jadi moga ada ibrah..

Wednesday, June 16, 2010

terangnya hati mereka

KUALA LUMPUR: Pertuturannya mungkin kurang sempurna, namun Darwisya Adriana Rozali yang baru berusia tiga tahun lapan bulan sudah mampu menghafaz 30 surah pendek dalam al-Quran.

Malah, si comel itu juga adakala mengajar adiknya, Darwish Adrian, 2, mengaji manakala Darwish Adrian sendiri sudah boleh menghafaz surah al-Waqiah walaupun hanya mampu membaca pada hujung ayat.

Menurut ibu dua beradik ini, Mazlina Ramli, lewat 30-an, ketika berusia dua tahun lapan bulan, Darwisya Adriana sudah menghafaz lapan surah pendek dan pada usia tiga tahun dua bulan, dia sudah boleh menghafaz 30 surah pendek.

Kata Mazlina, kelahiran Darwisya tiada beza dengan bayi lain, malah dia sendiri tidak mengalami sebarang alahan atau tanda pelik. Anak sulungnya itu sendiri lambat berjalan dan bertutur.

“Namun, sejak usia enam bulan, saya sudah mendedahkannya ayat al-Quran menerusi cakera padat video (VCD) surah al-Furqan,” katanya yang menetap di Shah Alam, Selangor.

Mazlina yang menjalankan perniagaan sendiri berkata, setiap pagi anaknya diperdengarkan bacaan al-Quran terlebih dulu sebelum mereka mula menonton televisyen.

Pada waktu malam, dia mengambil masa 30 minit sehingga satu jam untuk mengajar anaknya mengaji mengikut kaedah Iqra’.

Baginya, tiada rahsia besar di sebalik keupayaan anak-anaknya itu kerana semua ibu boleh memiliki anak seperti Darwisya Adriana asalkan ia disertai teknik pembelajaran tepat.

“Asalnya saya mahu menghantar anak saya mengaji al-Quran di tempat yang menyediakan perkhidmatan itu, namun tiada seorang pun yang sanggup mengajar Darwisya Adriana yang ketika itu baru berusia setahun.

“Justeru, saya mula mencari kaedah sesuai mengajar anak bermula daripada lahir sehingga usia tiga tahun,” katanya.

Mazlina menggunakan set buku dan VCD Al-Furqan bermula sejak bayi sehingga kedua-dua anaknya mengenal huruf dan boleh membaca.

Selepas set berkenaan habis dibaca, dia menyambung kepada buku Iqra’ jilid satu hingga enam dan untuk hafazan, dia menggunakan kaedah Al-Huffaz iaitu buku hafazan untuk satu juzuk dalam satu set.

“Untuk membiasakan dengan sebutan yang betul dan tajwid sempurna, saya selalu memperdengarkan pada mereka bacaan al-Quran daripada VCD pada setiap pagi dan Maghrib.

“Dia sendiri akan tahu bacaannya salah kerana selalu mendengarnya daripada VCD,” katanya.

Kemampuan Darwisya Adriana turut diuji Akademi Darul Huffaz yang terletak di Kajang serta mendapat sijil hafazan 30 surah terakhir daripada akademi terbabit.

“Tentunya ini satu pencapaian yang amat membanggakan saya. Saya berharap anak saya dapat khatam al-Quran sebelum usianya mencecah empat tahun,” katanya.

Mazlina juga amat mementingkan pemakanan untuk anak-anaknya kerana makanan yang terjamin halal wajib untuk penghafaz al-Quran.

Antara makanan yang biasa diberikan untuk anaknya ialah kacang badam, kismis, kurma, madu, habbatus sauda, buah zaitun dan air yang dibaca dengan surah Taha.

blh lihat sini

Friday, June 11, 2010

Rasulullah & Fatimah

Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina

Fatimah r.a.Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak

pohon semalu,kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.

Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ

dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri

kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita.

Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah

mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.



Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa

wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).



Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu,

wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.


Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi.

Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan

Allah Rabbul Alamin.


Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang.

Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.

Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.


Wallahu Taa'la A'lam

Thursday, June 3, 2010

Hati cerminkan keperibadian

IKUT rasa binasa, ikut hati mati. Ungkapan ini memberi gambaran bahawa hati adalah komponen penting dalam tubuh manusia.

Perkara itu turut dirakamkan melalui hadis Nabi Muhammad SAW. Daripada Amir, katanya: “Saya mendengar Nukman bin Basyir berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Halal itu jelas dan haram itu jelas dan di antara kedua-duanya ada hal musyabbihat (ada kesamaran di antara halal atau haram) yang tidak diketahui oleh kebanyakan manusia. Sesiapa yang menjaga hal musyabbihat itu, maka dia telah membersihkan kehormatan dan agamanya.

“Dan sesiapa yang terjerumus dalam syubhat adalah seperti pengembala di sekitar tanah larangan, hampir-hampir dia terjerumus ke dalamnya.

“Ketahuilah bahawa bagi setiap raja mempunyai tanah larangan, dan ketahuilah sesungguhnya larangan Allah di bumi-Nya adalah perkara yang diharamkannya.

“Ketahuilah di dalam tubuh ada seketul daging, apabila ia baik, nescaya akan baik seluruh tubuhnya dan apabila ia rosak maka rosaklah tubuhnya. Ketahuilah itulah hati." (Hadis riwayat Bukhari).

Setiap benda atau makhluk yang diciptakan Allah berpasang-pasangan. Setiap yang hidup pasti akan mati, yang sihat akan sakit, penyakit pasangannya ialah ubat dan seumpamanya.

Hati mereka yang sejahtera ialah sentiasa disuburkan dengan iman dan takwa. Hati mereka yang sakit akan sentiasa bergelora jiwanya dan jauh daripada rahmat Allah dan keberkatan dalam hidupnya.

Dalam diri manusia ada penyakit yang boleh dilihat, dirasa dan dirawat dengan ubat-ubatan. Ada pula penyakit yang yang tidak dapat dikesan kecuali dengan ‘penglihatan mata hati’.

Perkara itu ialah penyakit ‘keras hati’. Penyakit yang bertakhta dalam diri manusia itu berpunca daripada sikap lalai dan alpa dalam menjalankan tanggungjawab yang menyebabkan hati atau jiwa jauh daripada perasaan takut kepada Allah dan keagungan-Nya.


Antara tanda orang yang mempunyai penyakit ‘keras hati’ ialah:

l Tidak melakukan solat secara berjemaah terutama solat Subuh.

l Meninggalkan al-Quran dalam diari kehidupannya, iaitu tidak membaca, menghayati ajaran yang terkandung di dalamnya.

l Mencari rezeki dengan cara yang haram seperti penipuan, rasuah dan sebagainya.

l Diri dihiasi dengan kesombongan, takabur, bangga diri dan sebagainya.

l Cenderung kepada dunia dengan melupakan kematian dan hari akhirat yang akan ditempuhinya.

l Penglihatan cenderung kepada perkara yang haram.

l Tidak muhasabah diri dan kuat berangan-angan.

l Banyak bercakap, ketawa dan suka berjenaka serta banyak makan dan tidur.

l Suka memarahi tanpa sebab yang diharuskan syarak.

l Suka berdusta, mengumpat dan mencela orang lain.

l Suka hadir dalam majlis yang boleh mencemarkan imej dan merosakkan akhlaknya disebabkan persekitarannya.

l Suka berdendam, hasad dengki dan saling benci membenci.

l Menghabiskan masa tanpa melakukan perkara yang berfaedah.

l Sentiasa mengambil makanan atau minuman yang memabuk dan memudaratkan diri seperti dadah, arak, rokok dan sebagainya.

l Menghiasi kehidupan dengan hiburan semata-mata seperti nyanyian, menonton filem yang melalaikan dan membaca majalah hiburan dan sebagainya.

Itulah sebahagian gejala penyakit hati yang sering menghinggapi diri manusia.

Islam menawarkan rawatan bagi mengubati penyakit itu. Antaranya:

l Mendalami ilmu agama berdasarkan al-Quran dan sunnah.

l Mendampingi al-Quran dengan sentiasa membacanya, menghayati ajarannya dengan khusyuk dan tadabur serta menghadirkan hati ketika membacanya.

l Membaca sirah Rasulullah dan sahabat.

l Sentiasa bersedekah.

l Kasih sayang kepada fakir miskin.

l Kasih kepada ibu bapa dan ihsan kepada kedua-duanya.

l Menghubungkan tali silaturahim.

l Menziarahi orang sakit.

l Melihat dan memandikan jenazah.

l Banyakkan zikir kepada Allah.

l Membangunkan malam dengan qiamullail.

l Rendah diri dan berakhlak mulia.

l Solat berjemaah dan mengamalkan solat sunat dan iktikaf di masjid.

l Memberi salam kepada orang dikenali atau tidak.

l Muhasabah diri.

l Menghadiri majlis-majlis soleh seperti majlis ilmu.

l Menjaga anggota tubuh badannya dari perkara melakukan perkara yang haram dan syubhat.

l Sentiasa berdoa dan bertaubat.

Manusia yang selamat sejahtera hatinya daripada penyakit hati akan bertemu dengan Allah dengan naungan ar-Rahman di akhirat kelak.

Firman Allah bermaksud: "Hari yang padanya harta benda dan anak pinak tidak dapat memberi pertolongan sesuatu apa pun, kecuali (harta benda dan anak pinak) orang yang menghadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera (daripada syirik dan penyakit munafik." (Surah asy-Syua'ra, ayat 88 - 89).