Sunday, February 21, 2010

Kenapa nak malu

Sesungguhnya malu itu sebahagian dari iman..

dah biasa dengar dahpun kata-kata kat atas ni.Tapi bila pikiaq nalik,eeii ckp kedah la pulak,ramai yang salah maksudkan dengan kata-kata ni... Biasa orang akan kata malulah nak buat baik,nanti orang kata aku riak.ada juga yang kata:malu lah aku nak buat depan orang ni dia dalah baik aku bese je.& ada jugak yang jadi penghalang orang buat baik,tak taulah penyakit apa ada dalam diri dia ni contoh:ko tengok mamat tu buat baik,hah riak r tu,nak tunjuk-tunjuk kat oranglah tu supaya orang kata dia baik.Hah sedar tak kawan-kawan,asbab dari apa yang kita buat tu menyebabkan orang lain malu tuk buat baik.Cuba fikir2kan sejenak nanti kamu akan dapati apa yang saya cakap ni benar.

Sahabat2,ada satu cerita betol.kisah benar dari seorang ustaz.kawan beliau waktu dalam kereta api dok bca Al-Quran,tak nak membazir masalah katakan.Kat depan dia ni ada sorang kakak pakai baju seksi terseksa.Kakak tu jadi gelisah bila dia baca quran.Kakak tu pun bangun pastu cakap: Adik,adik tak malu ke baca quran dalam train ni?..

Jeng2...jeng...

Hah tengok? tak ke malu tu disalah ertikan? Orang lebih malu buat baik @ tegur benda-bebda baik dari buat maksiat atau pakai baju tak cukup kain bagi kakak tadilah,maf bukan nak kata tak baik tapi kisah benar dari ustaz tu.Fikir betol2,sapa sepatutnya tegur sapa? & sapa sepatutnya malu?

Sahabat2...

Sebenarnya,kita tak perlu risau orang lain..Kita tekad dalam hati apa yang aku buat ni tuk cari keredhaan Allah @ pandangan Allah bukan pandnangan manusia.Ikhlas kan hati,buat kerana Allah jangan takut riak & tak perlu malu buat baik tapi malulah buat jahat @ maksiat.jangan salah ertikan malu tu..Lagi2lah kalau kat CFS dan sebagainya... Lebih baik mengharap diri sebelum mengharapkan orang lain sebab tu lagi mudah.. Tapi apa yang ana caka ni lebih fokus pada diri sendiri dari orang. Doa2lah sama2 berjaya..

Hah tak ingat pulak nak sambung apa yang ustaz ckp,InsyaAllah t sambung lain entry..

Salamunalaikum..

Monday, February 15, 2010

Bagaimana menghadapi sakaratul maut



Daripada Aisyah Radhiallahu anha berkata: " aku melihat Rasulullah SAW sedang menghadapi sakaratul maut & si sisinya ada sebuah mangkuk yang berisi air,kemudia beliau memasukkan tangannya ke dalam mangkuk lalu menyapu mukanya dengan air sambil berdoa: Ya Allah! berikanlah pertolongan kepadaku untuk menghadapi kepedihan mati & sakaratul maut". H.R.Tirmizi

Hadis atas ni menceritakan betapa peritnya kepedihan sewaktu mati yang dialami sendiri oleh baginda nabi kita.Ni hadis yang dipetik dari empat puluh hadis Penawar Hati susunan Abu Ali Al Banjari An Nadwi & dihuraikan oleh Ustaz Fahmi Zamzam baru2 ni.

Dari hadis ni,ustaz menerangkan betapa orang yang mulia lagi dicintai oleh Allah merasa keperitan mati lagikanlah kita hambanya yang sering membuat dosa.Menurut ustaz, cara seseorang tuk mati dalam keadaan Husnul Khatimah ialah dengan doa & usaha.& ramai umat akhir zaman ni akan mati dalam keadaan terkejut sebagai contoh yang disebutkn oleh ustaz,semalam kita jumpa dengan seseorang tengok2 esoknya dah mati.tulah namanya mati terkejut walhal kadang2 baru je berbual kat warung kopi petang tu dah mati.Waspadalah kita,mati itu pasti,MATI ITU TAK AKAN DICEPATKAN @ DILAMBATKAN WALAUPUN SATU SAAT.

Ustaz juga ada mengkisahkan tentang kehidupan seorang hamba Allah yang berniaga di negeri Arab yang mana kehidupannya selalu menyebutkan tentang niaganya. & yang paling menyadihkan akhir kalamnya adalah apa yang dia selalu sebutkan,NAUZUBILLAHI MIN ZALIK....ni kisah benar walaupun pak imam dok sebelah dia sambil mengajar Syahadah tapi dia tetap sebut benda tu.& last dia mati dalam keadaan tu.

Tulah kehidupan manusia,apa yang selalu disebutkannya maka tulah akhir kalamnya.kalau dia selalu sebut Allah maka InsyaAllah dia akan mati dengan kalam Allah,& kalo sebaliknya maka NAUZUBILLAH.banyak lagi ustaz Fahmi terangkan tapi InsyaAllah akan dikongsikan pada post2 akan datang InsyaAllah.. Jadi sama2lah amalkan doa ini moga2 kita selalu mati dalam keadaan khusnulkhatimah... ALLAHUMMAKHTIMLANA BI HUSNILKHATIMAH WALA TAKHTIM'ALAINA BI SUIL KHATIMAH... Aamiinn ya rabbal alamiin... Moga2 boleh dijadikan ibrah...

Sunday, February 14, 2010

Doa tuk umat Islam


Assalamualaikum

Tepi ni taukan doa apa??

Anyway,malam ni saya tergerak nak berkongsi cerita... Kadang2 bila difikirkan balik kenapalah kita ni jarang doakan tuk umat Islam lain ek(sayalah tu)... kita just baca bila saudara kita diserang,bila tak diserang kita lupa... Manalah bonding kita sesama Islam yang mana saling kuat-menguatkan antara satu sama lain,bila saudara kita sakit maka kita juga terasa sakit... Ingat semula,kita mungkin tak mampu nak memberi bantuan tenaga dengan kita sebagai student tapi sebagai umat Islam janganlah sampai kita terleka nak doakan saudara2 kita terutam yang masih dalam pergolakan seperti di palestin & sebagainya... Saya terfikir bila orang selalu doakan tuk Palestin tapi masih ramai yang menghancurkannya... Tau tak maksudnya ape? Maksudnya dia berdoa tp masih menyokong tali barut Yahudi dengan membeli barang2 boikot... Tau tak umat Islam sekalian,kita telah tertipu dek dunia,segala pembelian kita tu menyumbang kepada Yahudi & dengan duit tu mereka membunuh saudara-mara kita... Ya Allah ampunkan kami,kami insan biasa sering lupa dan leka... Jangan kau azab kami atas kelalaian kami ini... Berilah hidayah & taufik kepada kami agar agar kami cakna & tidak leka pada dunia yang menipu ni... Aamiin...

Moga boleh dijadikan Ibrah

Tuesday, February 9, 2010

hebatnya ciptaan Allah



bila tengok gambar ni mesti orang akan nampak biasa walhal bagi sufi @ orang yang dekat dengan Allah mesti nampak ni adalah kehbatan ciptaan Allah... Teringat saya satu kisah kalau tak silap saidina Abu Bakar, bila beliau tengok burung beliau akan kata alangkah baiknya kalau aku jadi burung, bila beliau tengok pokok beliau akan kata alangkah baiknya kalau aku jadi pokok..


Batapa hebatnya para sahabat,Rasulullah pernah bersabda kalau ditimbang Iman sadina Abu Bakar dengan Iman seluruh umat manusia maka lebih berat lagi Iman saidina Abu Bakar, SubhanAllah.... Tak terdetik & malu ke kita? saidina yang begitu tinggi Imannya mahu jadi binatang & apa-apapun yang beliau nampak sebab beliau tahu binatang,tumbuh-tumbuhan takkan dihisab oleh Allah... Orang yang Iman paling berat pun cakap gitu lagikan kita?? Malunya ya Allah.... Tinggi Iman beliau...

Pernah waktu di UIA ni hingga sekarang, bila saya duduk sembahyang bersebelahan sorang hamba ni, dia akan selalu nangis... memang terkesan saya dibuatnya... kalau dia sembahyang macam ni dikira tak seberat saidina Abu Bakar, so apatah lagi diri ini... Ya Allah selamatkanlah daku dari siksa-Mu & tempatkanlah daku dalam syurga-Mu.... Aaamiin... Semoga Allah merahmati kehidupan kita semua...