Monday, October 18, 2010

Dulu Kini & Selamanya…

Emmm tak tahulah hidup ni,semuanya sama dari kecik sampai ke besar sampai ke tua then meninggal…

Pusingan dia tu jelah tapi ramai yang lupa Allah ada rakamkan dalam Al-Quran dlm surah Al-Mulk,surah yang sentiasa dibaca orang bagi yang tahu kelebihannya sebelum tidur yang mana Allah rakamkan maksudnya yang telah menjadikan mati & hidup itu untuk menguji di antara kamu siapa yang mempunyai sebaik-baik amalan…

Aku jadi teringat pada satu perkara lepas PMR,tak de kerja nak buat,aku p lah jaga nenek…Waktu tu aku tak tahu nak buat apa,Cuma jaga nenek dengan sekeliling semua macam hutan tapi bagi orang yang tahu waktulah waktu yang paling baik mengislah diri…Aku dengan tak tahu nak buat apa ni pergilah cek-cek sorok yang ada,then aku ternampak gambar semua pakcik & makcik aku…Handsome jugak aku tengok…Waktu tu mereka dalam lingkungan umur macam aku hari tu…

Then,aku jadi terfikir sendirian….kalau ikutkan umur sekarang mereka dah ada anak & mak aku sendiri dah ada cucu,maksudnya dah tualah…tapi fikir kan balik sekejap nya mereka tua,15-20 tahun dulu mereka adalah macam aku tapi sekarang mereka dah hapir kepada Allah…Aku jadi terfikir pada diriku sendiri yang aku satu hari nanti akan seperti mereka & akan berjumpa Allah…itulah kitaran manusia…

Agaknya bagaimanalah kehidupan selepas mati tu ek? Ada satu hadis mengatakan kalau baik waktu di kubur maka baiklah waktu hisab nanti kalau tak maka sebaliknya…Aku jadi terfikir & kadang-kadang takut sendirian…Yang tahu Cuma diri sendiri,orang lain tak akan rasa…Tapi bila beserta orang ramai aku jadi lupa semua ni…mcmna lah aku nak tiru Rabiatul Adawiyah ek yang mana Beliau tetap ingat Allah walau bersama orang & betullah kata-kata yang mengatakan Mati itu nasihat yang paling diam buat manusia & ingat mati itu adalah yang paling bijaksana…WAllahua’lam…

Tuesday, September 28, 2010

kagum2...

kadang2 aku terfikir sendirian apa bezanya Islam inheritence dengan Islam yang masuk kerana Ilmu?
Aku cukup buntu,kebiasaannya kalau ada majalah2 x kiralah apapun part yang paling aku suka baca ialah hidayah... Part ni cukup menginsafkan aku selain tentang berita dunia palestin & sebagainya...

Sampai sekarang aku masih tertanya2 tapi lama2 aku rasa seperti kian lupa tapi bila bertemu & baca kisah2 bukan Islam masuk Islam,aku teringat semula...Aku rasa kagum dengan akidah & pegangan jitu golongan yang baru masuk Islam yang dipanggal mukallaf... Diantara mereka ada yang masuk kerana ilmu & ada juga perkahwinan & sebagainya... & benarlah kata2 Allah yang ada menyebutkan BILA IA MENGHENDEKI HIDAYAH UNTUK SESEORANG MAKA TIADA SAPA YANG BOLEH MENYESATKANNYA & BEGITU JUGA SEBALIKNYA...

Tapi kenapa ramai yang tak rasa terutama yang telah lama Islam,bhw Islam ni hebat? bahkan menjadi golongan yang meghancurkan Islam? Waiyyazubillah... Kadang aku rasa sedih sendiri kenapa boleh jadi macam ni @ apakah naluri aku salah? bila terlihat remaja berfoya2,melakukan zina,bercouple,berpegang tangan,aku jd tak tahu arah & kadang marah serta sedih melihat kejahilan yang berlaku....

belum tiba ke lg masa untuk kita umat manusia sedar akan kejahilan kita sendiri sebagaimana firman Allah:

"Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman untuk khusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (AlQuran) yang diturunkan dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberikan kitab sebelum mereka, setelah orang itu melalui masa yang panjang  maka hati mereka menjadi keras dan kebanyakannya diantara mereka ialah orang-orang yang fasik" (AlHadid:16)



Jadi sama2lah berusha mengenal diri & malulah dgn yang baru mesuk Islam,blh jadi amalannya lebih diterima Allah berbanding amalan kita yang telah bertahun2..

Saturday, August 28, 2010

handphone canggih



Assalamualaikum semua!!!!!

Hari ni rasa macam nak berkongsi sikit tentang kecanggihan handset zaman sekarang...baca sampai habis ek..

Erm bila sebut pasal handset mesti ramai yang teruja,yelah zaman moden kan,kalau dulu orang pakai handset macam botol air tu...baling anjingpun boleh mati,hehhe...just joking tapi betol apa??

Ok kita tengok application yang ada dalam hp,hebatkan??? internet pun boleh dapat,gprs,ambil gambar,buat video...orang kata kalau sapa tak da hp zaman la ni dah macam orang zaman batu dah...ketinggalan zamanlah katakan..





Hah ni kat sebelah ni,contoh hp yg blh boleh bukak gprs...fuyyooo canggih tu siap boleh tahu kat nama kedudukan...orang kata dahsyat gila!!!! tapi ada 1 kelemahan dia,org yg dok kampung mana ada 3G sbb x berkembang lagi,huhhu sedih2...siap boleh letak memory card...berGB2 boleh letak...lagi tggi pixel dia lagi cantik gambar tu... kalau yang x da gambar tu maflah ye,hp anda cikai...xdak2 jangan kecil hati,asal kita ada hp tu dah kira bersyukur dari x da...










Tengok2 siap ada MP3...main game...banyak tu sistem dia..memang hebat...budak2 zaman sekarang cakap "bapak dia hebat gila" dahla lawa...



Tapi perasan x ada buku apa tu?buku panduankan? nak kata kalau hp tu canggih tapi kalau x ikut buku panduan dia buat apa? betul tak? ni main tibai je guna mana x hp tu cepat rosak? tapi memang pandai & excellentlah sapa buat hp ni,dia x nak bg orang tak pandai guna @ salah guna maka,dia bagi sekali buku panduan...so bila orang tu nak guna gprs ke,tangkap video ke,nak charge hp ke,nak bukak internet ke,so tak lah tersilap,betol tak?? terima kasih pembuat hp...


memang terbaiklah sapa yang buat hp ni,siap boleh bagi buku panduan.yelah cuba kita tengok & fikir,kalau buku tu kata kene charge menggunakan 240volt,kita guna 300volt @ 12volt betri kecik tu,boleh ke?? mana boleh,kang bila terlebih habis punah hp tu,bila kurang pulak x boleh charge...so,yang betul kene ikut panduan dia,baru boleh guna,betol tak?

OK sekrang ni kita tengok realiti kehidupan kita,tadi hp pembuatnya manusia & panduan dia adalah buku panduan tulah...kalau x ikut maka x jadi... & terserlah kehebatan,kebijaksanaan manusia dalam hp ni dengan panduan yang diberi oleh pembuat hp ni...



Allah tempat mengadu


Al-Quran,Dunia & Makkah


 TP apa kaitan hp ni dengan kehidupan kita seharian?Allah sebagai pencipta? Al-Quran sebagai panduan? penciptaan2Nya sebagai bukti hebatnya & bijaksananya Allah?x rasa ke kita? masih belum sedar ke kita?cuba amek tangan letak kat dada,soal kat jiwa tanya sendiri,sapa pencipta kita? segala yang didunia ni milik siapa?Al-Quran tu apa?













 Allahu rayatuna.....
Arrasul Qudwatuna...
Al-Quran Dusturuna....




Allah adalah tujuan kami....
Arrasul teladan kmi....
alquran pedoman hidup kami...







Begitulah juga dengan Al-Quran,Allah sebagai pencipta tahu yang mana baik tuk dunia ni,sbb Dia tahu hukum hakam dunia ni,Dia yang mencipta mesti Dia leih tahu apa yang baik & apa yang tidak untuk pendudukNya sebagaimana hp td,pembuat hp tahu berapa volt kene pakai,kalau lebih atau kurang maka akan rosak atau tak hidup...Jadi mari kita sama2 meyakini,Al-Quran panduan hidup kita dr Allah & sama2 berusaha menegakkan apa yang Allah nak,kalau tidak kita siapa lagi?


Hukum2 yang ada dalam Al-Quran semuanya adalah dariNya.... Dia yang membuatnya & dijarkan kepada UtusanNya Nabi Muhammad S.A.W agar Beliau dapat ajarkan kepada umatnya.... Sahabat2 sekarang ini kita hidup bukan di zaman nabi tapi kita hidup di zaman fahsya' & munkar... Jadi siapalah yang lebih layak menegakkan kebenaran melainkan mereka yang faham? Jadi bila lagi kita nak sedar? bukan ke Allah tu tuhan kita semua? Muhammad tu Pesuruhya? & Al-Quran tu panduan hidup kita semua?

Jadi,apa yang kita tunggu? Tegakkanlah kebenaran,berjuanglah menegakkan agama Allah... Hukum2nya seperti fara'id,hudud,ta'zir,kahwin & sebagainya dalam Al-Quran, semuanya dariNya...Ini bukanlah ciptaan manusia tapi hukum yang Allah,pencipta yang maha kuasa,telah buat & Dia tahu apa yang terbaik...

Convesional VS Islamic Banking



Sekarang sahabat2 cuba tengok yang berlaku di dunia ni terutama ekonomi dunia.... sebelum ni kita tidak sedar bahawa ekonomi Islam adalah ekonomi yang hebat sebab kita diperdayakan dengan sistem konvensional.... Tapi dengan kuasa Allah,Allah mampu tunjukkan bahawa ekonomi mereka tidak sesuai maka Allah ganti dengan sistem Islam & sekarang ni kalau x silap semua bank di dunia ini menggunakan Islamik Banking,SUBHANALLAH....










Islamik Banking yang diamalkan di Iran adalah yang paling tinggi

Maybank jugak telah menggunakan Islamik Banking
Britain Jugak Bukti Allah Maha Kuasa menunjukkan kebenaranNya

Buku Tentang Islamik Banking Makin banyak Di Pasaran

 Bila lagi kita nak balik pada Islam yang sebenar2nya datang dari Allah?& sekarang ini realiti di KTM komuter telah disediakan satu tempat khas buat wanita.... Tidakkah kita sedar Islam dah ajar dari dulu lagi??pisahkan antara laki & perempuan?? Allah maha kuasa,Dia mampu tunjukkan kebenaran...Jadi sahabat2 balik semula pada Quran & amalkan...Pemimpin akan lebih ditanya tentang ini...& rakyat juga kerana kita berhak menegakkan kebenaran...Jadi marilah sama2 kita sedar...Kita ngaku Allah tu tuhan,Muhammad tu nabi & Al-Quran tu pedoman tp bila lagi kita nak amalkan apa yang kita dah cakap2 sebelum ni??






 If we start follow what Allah wants,we will find the truth....
So when we want to follow what Allah wants....
Let's together follow the truth...
This is about the truth not others...
Think sahabat!!!
Allah nak tunjuk kebenaran AgamaNya kat Malaysia


Jom sama2 kita sedar,& berbalik semula pada hukum Allah.



Selamat para wanita apabila Syariat Islam diikut



Dia tahu apa yang terbaik tuk dunia ni...Dialah menciptakan & Dialah Yang Maha Mengetahui...
& ketahuilah sahabat2 bahawa Islam ada 5 maqasit syariah yang mana apabila syariat ni ditegakkan bertujuan dengan 5:
1.Agama.
2.Nyawa
3.Harta
4.Keturunan
5.Aqal

Islam Menguasai 2/3 dunia sebelum ni



Islam bermula dengan asing & akan berakhir dengan asing,maka bahagialah mereka yang asing....

Islam akan datang dengan kebenaran!!!!








Islam adalah manhaj ke Syurga






Mari sama2 kita kembali kepada Pencipta kita,Dialah Allah & Nabi Muhammad itu pesuruhnya...& takutlah oleh kita bahawa sesungguhnya pendengaran,penglihatan & hati itu setiap seuatu itu akan ditanya di akhirat kelak...
Yakinlah bahawa Agama Islam adalah  yang tertinggi!!!
Mari sama2 membuat perubahan demi Islam...
Takbiiir!!! Allahu Akbar!!!

 
 




Thursday, August 26, 2010

Iman Mutiara

Iman adalah mutiara
Di dalam hati manusia
Yang meyakini Allah
Maha Esa, Maha Kuasa

Tanpamu iman bagaimanalah
Merasa diri hamba padaNya
Tanpamu iman bagaimanalah
Menjadi hamba Allah yang bertaqwa

Iman tak dapat diwarisi
Dari seorang ayah yang bertaqwa
Ia tak dapat dijual-beli
Ia tiada di tepian pantai

Walau apapun caranya jua
Engkau mendaki gunung yang tinggi
Engkau merentas lautan api
Namun tak dapat jua dimiliki
Jika tidak kembali pada Allah

Jika tidak kembali pada Allah
...

Mengemis kasih

Album : Gema Alam
Munsyid : Raihan
http://liriknasyid.com


Tuhan dulu pernah aku menagih simpati
Kepada manusia yang alpa jua buta
Lalu terheretlah aku dilorong gelisah
Luka hati yang berdarah kini jadi kian parah

Semalam sudah sampai kepenghujungnya
Kisah seribu duka ku harap sudah berlalu
Tak ingin lagi ku ulangi kembali
Gerak dosa yang menghiris hati

Tuhan dosaku menggunung tinggi
Tapi rahmat-Mu melangit luas
Harga selautan syukurku
Hanyalah setitis nikmat-Mu di bumi

Tuhan walau taubat sering ku mungkir
Namun pengampunan-Mu tak pernah bertepi
Bila selangkah ku rapat pada-Mu
Seribu langkah Kau rapat padaku