Monday, October 18, 2010

Dulu Kini & Selamanya…

Emmm tak tahulah hidup ni,semuanya sama dari kecik sampai ke besar sampai ke tua then meninggal…

Pusingan dia tu jelah tapi ramai yang lupa Allah ada rakamkan dalam Al-Quran dlm surah Al-Mulk,surah yang sentiasa dibaca orang bagi yang tahu kelebihannya sebelum tidur yang mana Allah rakamkan maksudnya yang telah menjadikan mati & hidup itu untuk menguji di antara kamu siapa yang mempunyai sebaik-baik amalan…

Aku jadi teringat pada satu perkara lepas PMR,tak de kerja nak buat,aku p lah jaga nenek…Waktu tu aku tak tahu nak buat apa,Cuma jaga nenek dengan sekeliling semua macam hutan tapi bagi orang yang tahu waktulah waktu yang paling baik mengislah diri…Aku dengan tak tahu nak buat apa ni pergilah cek-cek sorok yang ada,then aku ternampak gambar semua pakcik & makcik aku…Handsome jugak aku tengok…Waktu tu mereka dalam lingkungan umur macam aku hari tu…

Then,aku jadi terfikir sendirian….kalau ikutkan umur sekarang mereka dah ada anak & mak aku sendiri dah ada cucu,maksudnya dah tualah…tapi fikir kan balik sekejap nya mereka tua,15-20 tahun dulu mereka adalah macam aku tapi sekarang mereka dah hapir kepada Allah…Aku jadi terfikir pada diriku sendiri yang aku satu hari nanti akan seperti mereka & akan berjumpa Allah…itulah kitaran manusia…

Agaknya bagaimanalah kehidupan selepas mati tu ek? Ada satu hadis mengatakan kalau baik waktu di kubur maka baiklah waktu hisab nanti kalau tak maka sebaliknya…Aku jadi terfikir & kadang-kadang takut sendirian…Yang tahu Cuma diri sendiri,orang lain tak akan rasa…Tapi bila beserta orang ramai aku jadi lupa semua ni…mcmna lah aku nak tiru Rabiatul Adawiyah ek yang mana Beliau tetap ingat Allah walau bersama orang & betullah kata-kata yang mengatakan Mati itu nasihat yang paling diam buat manusia & ingat mati itu adalah yang paling bijaksana…WAllahua’lam…

2 comments:

  1. Beruntunglah kita jika Allah masih gerakkan hati dan fikiran kita untuk mengingati mati. Di kesibukan jutaan manusia menjauhkan diri dari surau2 dan masjid. Di kesibukan manusia menjauhkan diri dari agama Islam. Allah, bagaimana agaknya kita dapat betul2 mensyukuri segala nikmat taufiq dan hidayah yang diberikan Allah. Ana selalu bimbang tentang ini.

    ReplyDelete